Manohara Odelia Pinot
Manohara Odelia Pinot

Manohara Odelia Pinot

Manohara Odelia Pinot (lahir 28 Februari 1992), atau digelar 'Mano', 'PraHara' dan 'Pinot Grigio', merupakan seorang model dan sosialit dari Indonesia sebelum berkahwin kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra lantas mendapat gelaran Cik Puan Temenggong Kelantan sehingga perceraiannya. Wajahnya tampak kelainan kerana memiliki darah campuran Amerika Syarikat dan Bugis selain didakwa menyuntik filler pada pipi dan bibir bagi menambah kemungilan wajahnya. Dia boleh berbahasa Inggeris, bahasa Perancis selain sedikit bahasa Indonesia.Beliau merupakan bekas isteri kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra, putera Sultan Kelantan, Malaysia, setelah berkahwin pada 26 Ogos 2008 di Malaysia. Gelaran beliau ialah Cik Puan Temenggong Kelantan. Manohara yang mendakwa didera, menggemparkan masyarakat di Malaysia dan Indonesia. Masalah rumahtangga tersebut terpaksa diselesaikan segera kerana merosakkan hubungan Malaysia-Indonesia. Sudah berlaku siri tunjuk perasaan di Indonesia berhubung perkara kontroversi tersebut.[2]

Manohara Odelia Pinot

Tinggi 160 cm
Kerakyatan Indonesia-Amerika
Ibu bapa George Manz (bapa)[1]
Daisy Fajarina (ibu)
Reiner Pinot Noack (bapa tiri angkat)
Saiz kasut 7 (UK)
Warna rambut Hitam
Pasangan Tengku Muhammad Fakhry Petra (k. 2008; c. 2009)
Warganegara Indonesia
Berat 60 kg
Warna mata Coklat
Kelahiran Manohara Odelia Manz
(1992-02-28) 28 Februari 1992 (umur 27)
Jakarta, Indonesia

Rujukan

WikiPedia: Manohara Odelia Pinot http://74.125.153.132/search?q=cache:KZjdHEvhWKUJ:... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://hariansib.com/?p=78541 http://www.kapanlagi.com/showbiz/selebriti/aniaya-... http://malaysiakini.com/news/106181 http://malaysiakini.com/news/106349 http://id.news.yahoo.com/dtik/20090601/twl-kisah-d... http://id.news.yahoo.com/dtik/20090601/twl-tanggap... http://www.youtube.com/watch?v=AkMGOZnx5Ak&NR=1 http://www.youtube.com/watch?v=SXbX2iSo7Xg&feature...